Jenis julat Penglihatan_malam

Julat spektrum

Teknik-teknik julat spektrum yang berguna malam boleh mengesan sinaran yang tidak kelihatan bagi pemerhati manusia. Penglihatan manusia terhad kepada sebahagian kecil spektrum elektromagnetik yang dipanggil cahaya tampak. Peningkatan julat spektrum membolehkan pelihat untuk memanfaatkan punca sinaran elektromagnetik yang tidak kelihatan (seperti sinaran hampir inframerah atau ultraungu). Sesetengah haiwan boleh mencerap lebih banyak sinaran inframerah atau ultraungu berbanding manusia.

Spektrum cahaya

Julat keamatan

Julat keamatan yang mencukupi ringkasnya ialah keupayaan untuk melihat dengan jumlah cahaya yang amat kurang.[2]

Kebanyakan haiwan lebih jelas melihat pada waktu malam daripada manusia kerana terdapat perbezaan dalam morfologi dan anatomi mata, antaranya: bebola mata yang lebih besar, kanta yang lebih besar, bukaan optik yang lebih besar (hingga anak mata boleh meluas hingga ke batas kelopak mata), lebih banyak rod daripada kon (atau hanya terdapat rod) dalam retina, dan terdapat tapetum lucidum.